Sunday, 27 July 2014

SALAM LEBARAN 2014 - SELAMAT HARIRAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN





















Kepada semua ex student dan kenalan,








Saya menyusun sepuluh jari mohon kemaafan di atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita samada dalam kuliyah perundangan/ bengkel/seminar dan sebagainya. Muga tahun tahun yang mendatang akan lebih memperkasakan keimanan kita.






Janji Allah tetap benar, imbau kembali sejarah peperangan Badar, peperangan Ahzab, kehebatan tentera Salahuddin Al Ayubi yang berpuasa sepanjang berperang. Hari gembira untuk umat manusia............dunia ke arah keamanan dan kedamaian sejagat sepanjang 700 tahun mendatang sebelum kiamat. Tiada apa yang perlu ditakutkan..tiada apa yang perlu dibimbangkan.......marilah kita bersama sama bergembira,bersemangat menunggu masa dan saat itu.






MAS telah berada dalam "hot radar" Allah swt sejak akhir akhir ini. Siapakah yang bersalah??? Israel? Amerika ?? Ukraine atau Rusia??. Ada pula yang mengaitkannya dengan paspot Malaysia...Bagi mereka yang belum kenal siapa itu Allah dan sifat sifatnya.....akan tertutup pintu hatinya yang telah dipenuhi dengan jutaan bintik bintik hitam..maka mereka ini tidak nampak akan kekuasaan Allah di sebalik semua kejadian ini. Bukan Israil yang hilangkan MH370, bukan Amerika yang menyebabkan MH17 terhempas..semuanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah juga. Kita sedang diuji tahap dan maqam keimanan kita.






Ada sesuatu yang Allah hendak sampaikan kepada DS Najib dan pimpinan tertinggi MAS. Muhasabahlah diri dan perbetulkan mana yang silap. Allah menegur kerana Ia sangat sayangkan Malaysia....yakinlah dengan penuh keimanan. terlalu banyak hikmahnya kejadian ini. Lapangkan dada, buka minda...dan belajarlah......"Learn a lesson......O ye who has vision to see"




Hariraya..hari untuk kita bergembira....hari untuk kita merayakan kebesaran Allah swt. Buangkan segala sifat mazmumah dan suburkan hati kita dengan sifat mahmudah...........sidiq amanah tabliq fatonah, adab tertib sopan santun marwah dan ikhlas.

No comments:

Post a Comment