Thursday 11 January 2024

 

Program Latihan Agensi Penguatkuasa Malaysia 2024

Undang Undang Jenayah

  • Pengenalan Kepada Kanun Tatacara Jenayah 2012
  • Pengenalan kepada Akta Keterangan 1950
  • Perlembagaan Persekutuan (Bab II)
  • Etika Mahkamah
  • Kaedah Penyiasatan dan Pendakwaan Kes yang Berkesan
  • Pengendalian Barang Kes
  • Pengumpulan Keterangan
  • Rakaman Percakapan Saksi Dalam Penyiasatan
  • Peranan Dan Tugas Pegawai Pendakwa
  • Prosedur Perbicaraan Di Mahkamah
  • Pemeriksaan Saksi
  • Peranan Dan Tugas Sebagai Saksi
  • Teknik Pemeriksaan Saksi Yang Berkesan
  • Kemahiran Kepeguaman
Undang Undang Sivil

  • Prosiding Tuntutan Sivil
  • Penyediaan Pliding [ Saman; Pernyataan Tuntutan; Pernyataan Pembelaan; Afidavit dan Sebagainya]
  • Penyampaian Ganti
  • Pengurusan Kes
  • Mediasi
  • Saman Penghutang Penghakiman
  • Saman Interpleader
  • Pelaksanaan Penghakiman
  • Perintah Jualan
  • Lelongan Awam
  • Writ Penyitaan Dan Penjualan
Undang Undang Kerajaan Tempatan (PBT)/ Undang Undang Tanah dan Perancangan

Akta Kerajaan Tempatan 1976
  • Administration Of Local Authority
  • Responsibilities & Powers
  • Revenue And General Administration
Town & Country Planning Act 1976
  • Planning Approval
  • Understanding Planning Policy
  • Duties & Responsibilities Of State Land Committee
  • National Lanscape Policy
  • Appeal Board
  • Case Laws On Judicial Review
  • ECER
  • NCER
  • IDR
  • Current Issues & Challenges [ Squatters, Gated Community, Public Complaints Etc)
Streets, Drainage & Building Act 1974
  • Compliance To The Requirement Of Streets, Drainage & Building Act 1974
  • Duties And Responsibility Of Local Government, Developer, Frontager Etc
  • Current Issues & Challenges

National Land Code / Land Office
  • Land Alienation & Disposal
  • Power Of Arrest, Seizure And Penalty
  • Offences
  • Investigation And Prosecution Of Various Offences Under NLC
  • Duties & Responsibility of District /Assistant District Officer As 2nd Class Magistrate
  • Malay Reservation Lands


Sarawak Local Authority Ordinance
  • By Laws
  • Regulations
  • Building Ordinance
  • Protection Of Public Health Ordinance
  • Offences and Penalty
  • Investigation & Prosecution

Gubalan Undang Undang

  • Pengenalan Kepada Perundangan Malaysia
  • The Making Process of the Laws
  • Kaedah Penggubalan Akta/By Laws/ Peraturan
  • Drafting Tools
  • Legislation Structures
  • Sailing the 7C's

Course On Training
  • Training - An Overview
  • Training Needs Analysis
  • Designing & Developing A Training
  • Skills In Delivering Training
  • Training Evaluation

We can tailor made the course needed by your agency. Each course would be for 3 days with a  minimum participant of 10 pax and a maximum participant of 40 pax. For more detail please email to trainenforcement@gmail.com

    Sunday 13 January 2019

    KURSUS ASAS SIASATAN BAGI PEGAWAI AGENSI PENGUATKUASA MALAYSIA 2019 DI ILKAP

    KURSUS DI ILKAP - KURSUS ASAS SIASATAN AGENSI PENGUATKUASA MALAYSIA 2019

    Tempoh Kursus: 2 hari
    Tarikh : 25-26 Feb.2019 (Isnin hingga Selasa)
    Venue : ILKAP, Bandar baru Bangi, SELANGOR

    Topik yang dibincangkan :
    • Pengenalan kepada undang undang jenayah Malaysia
    • Tugas dan tanggungjawab Pegawai Penyiasat
    • Pengurusan Kertas Siasatan
    • Kaedah Siasatan
    • Pengurusan Barang Kes/Ekshibit
    • Merekod Keterangan Saksi
    • Mendraf Kertas Pertuduhan
    • Case Study


    Yuran Kursus : RM450 (2 HARI)

    Bayar Kepada SKYURI VENTURES Hong Leong Acc No.25001009768

    TEMPAT TERHAD HANYA UNTUK 30 ORANG PESERTA SAHAJA.
    SAHKAN SEGERA PENYERTAAN ANDA SECARA EMEL KEPADA train_enforcement@yahoo.com.my DENGAN MENYERTAKAN BUTIRAN NAMA, JABATAN, NO.TEL DAN BUKTI BAYARAN ATAU WHATSAPP KE 010- 3913361 / 012-6383361

    SARAPAN DAN MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN

    MENGENAI PENCERAMAH
    Encik Nordin Rauf merupakan bekas Pengarah ILKAP selama hampir 5 tahun semenjak 2008.Mula memberi latihan kepada pelbagai pegawai Agensi Penguatkuasaan Malaysia sejak 2007 hinggalah sekarang khususnya dalam undang undang Jenayah dan Sivil. Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun sebagai Pegawai Kehakiman dan Perundangan Malaysia dan pernah menjawat jawatan Majistret, Hakim Tribunal, Timbalan Pendakwaraya,Penasihat Undang Undang Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara. Kini beliau merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara yang aktif dalam mengendalikan pelbagai kes sivil dan jenayah. Beliau merupakan seorang Penceramah yang berpengalaman luas secara Hands On dalam bidang jenayah dan sivil dan mampu memberi suatu latihan yang berkesan dan praktikal kepada semua pegawai penguatkuasa.



    Sunday 16 December 2018

    KURSUS KHAS PENJAGAAN DAN PELUPUSAN BARANG KES

    Kursus Khas Pelupusan Barang Kes akan diadakan di ILKAP(Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan Malaysia) pada bulan Januari 2019 (Tarikh kursus akan dimaklumkan kemudian). Kursus akan diadakan selama 3 hari. Berminat? sila maklumkan segera kepada saya. Jumlah peserta kursus hanya terhad kepada 30 orang sahaja

    Tuesday 14 August 2018

    Anda Difitnah? Apakah tindakan yang perlu and ambil ?



    Gejala fitnah sebenarnya sudah lama berleluasa dalam masyarakat kita. Fitnah sekampung, fitnah di pejabat, fitnah di sekolah dan lain lainnya. Fitnah merupakan tuduhan, perkabaran, pengisahan dan lain lainnya, yang diada-adakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau institusi.

    Sebelum itu, perlu kita fahami sedikit bahawa fitnah ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu fitnah berbentuk Slander dan fitnah melalui media massa. Fitnah berbentuk slander ini merujuk kepada suatu perbuatan fizikal pemfitnah melalui perbuatannya, perkataannya dan apa jua tindakan yang diambil bagi tujuan memfitnah. Dalam lain perkataan mudah, pemfitnah mengumpat seseorang dengan menyebar dan membawa-bawa cerita atau perkabaran yang tidak benar terhadap seseorang. Manakala fitnah melalui media massa termasuklah sebarang berita yang tidak betul mengenai seseorang dalam akhbar, media elektronik, media sosial, blog dan sebagainya.

    Seringkali tindakan diambil hanya berdasarkan fitnah ini. Contohnya, seseorang pegawai atau kakitangan dipindahkan serta merta ke tempat lain hanya berdasarkan sesuatu berita yang tidak pasti kebenarannya. Maka terpinga pinga lah pegawai atau kakitangan tersebut. Apa salah aku ! Apa salah aku !

    Pada hemat saya, ketua jabatan perlu lah lebih berhati hati dalam menangani perkara ini. Apa apa aduan perlu disiasat secara profesional mengikut peraturan peraturan yang telah ditetapkan. Ingat ! tanggungjawab kita adalah kepada Allah swt dan perlu seringkali ingat bahawa dalam Islam dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh orang.

    Anda Difitnah? Apakah tindakan yang perlu anda ambil ?

    Sekiranya anda difitnah, apakah tindakan yang perlu anda ambil? Berikut ialah langkah langkah awalan yang perlu anda ambil seberapa segera yang mungkin;

    1. pastikan betul betul bahawa perkabaran atau pernyataan tersebut memang sebenar benarnya fitnah (of defamatory characters). Pernyataan fitnah tersebut merujuk kepada kita secara spesifik dan yang paling penting telah disebarkan samada secara slander atau media massa;
    2. sila pastikan bahawa satu laporan polis dibuat mengenai perkara tersebut;
    3. sila hantar notis kepada pihak yang memfitnah,berikan dia masa samada 7 hari atau 14 harimengikut keseriusan kes untuk memohon maaf dan menarik balik pernyataan fitnah tersebut;dan
    4. Sekiranya, anda berpuas hati dengan permohonan maaf itu maka maafkan lah dia dan berlapang dada lah dengan perkara itu. Sekiranya tiada permohonan maaf diberi dan sipemfitnah masih berdegil, maka boleh lah mengambil khidmat peguam untuk memulakan suatu tindakan sivil  terhadap pemfitnah bagi mendapatkan suatu perintah mahkamah supaya pemfitnah memohon maaf , menghentikan sebaran fitnah tersebut dan yang paling penting, anda juga berhak menuntut  kerugian akibat daripada kesan fitnah tersebut ke atas diri anda, kerjaya dan keluarga secara keseluruhannya.  
         .   
         
    Berapakah kos peguam sekiranya anda berhasrat untuk mengambil tindakan sivil terhadap pemfitnah?

    Kos guaman bergantung kepada jumlah tuntutan gantirugi yang dipohon dari sipemfitnah. Sekiranya tuntutan gantirugi yang dipohon adalah dalam sekitar bidang kuasa Mahakamah Majistret atau Mahkamah Sesyen, maka kosnya tidak lah begitu mahal. Sekiranya gantirugi yang dituntut berjumlah jutaan ringgit, maka kes perlu didengar di Mahkamah Tinggi dan kos guamannya agak tinggi juga. Walau bagaimanapun, berkenaan dengan kos guaman ini, perbincangan boleh dibuat dengan pihak peguam ke atas "negotiated cost' yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

    Sebarang kemuskilan mengenai tindakan fitnah ini, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.