Tuesday 14 August 2018

Anda Difitnah? Apakah tindakan yang perlu and ambil ?



Gejala fitnah sebenarnya sudah lama berleluasa dalam masyarakat kita. Fitnah sekampung, fitnah di pejabat, fitnah di sekolah dan lain lainnya. Fitnah merupakan tuduhan, perkabaran, pengisahan dan lain lainnya, yang diada-adakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau institusi.

Sebelum itu, perlu kita fahami sedikit bahawa fitnah ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu fitnah berbentuk Slander dan fitnah melalui media massa. Fitnah berbentuk slander ini merujuk kepada suatu perbuatan fizikal pemfitnah melalui perbuatannya, perkataannya dan apa jua tindakan yang diambil bagi tujuan memfitnah. Dalam lain perkataan mudah, pemfitnah mengumpat seseorang dengan menyebar dan membawa-bawa cerita atau perkabaran yang tidak benar terhadap seseorang. Manakala fitnah melalui media massa termasuklah sebarang berita yang tidak betul mengenai seseorang dalam akhbar, media elektronik, media sosial, blog dan sebagainya.

Seringkali tindakan diambil hanya berdasarkan fitnah ini. Contohnya, seseorang pegawai atau kakitangan dipindahkan serta merta ke tempat lain hanya berdasarkan sesuatu berita yang tidak pasti kebenarannya. Maka terpinga pinga lah pegawai atau kakitangan tersebut. Apa salah aku ! Apa salah aku !

Pada hemat saya, ketua jabatan perlu lah lebih berhati hati dalam menangani perkara ini. Apa apa aduan perlu disiasat secara profesional mengikut peraturan peraturan yang telah ditetapkan. Ingat ! tanggungjawab kita adalah kepada Allah swt dan perlu seringkali ingat bahawa dalam Islam dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh orang.

Anda Difitnah? Apakah tindakan yang perlu anda ambil ?

Sekiranya anda difitnah, apakah tindakan yang perlu anda ambil? Berikut ialah langkah langkah awalan yang perlu anda ambil seberapa segera yang mungkin;

  1. pastikan betul betul bahawa perkabaran atau pernyataan tersebut memang sebenar benarnya fitnah (of defamatory characters). Pernyataan fitnah tersebut merujuk kepada kita secara spesifik dan yang paling penting telah disebarkan samada secara slander atau media massa;
  2. sila pastikan bahawa satu laporan polis dibuat mengenai perkara tersebut;
  3. sila hantar notis kepada pihak yang memfitnah,berikan dia masa samada 7 hari atau 14 harimengikut keseriusan kes untuk memohon maaf dan menarik balik pernyataan fitnah tersebut;dan
  4. Sekiranya, anda berpuas hati dengan permohonan maaf itu maka maafkan lah dia dan berlapang dada lah dengan perkara itu. Sekiranya tiada permohonan maaf diberi dan sipemfitnah masih berdegil, maka boleh lah mengambil khidmat peguam untuk memulakan suatu tindakan sivil  terhadap pemfitnah bagi mendapatkan suatu perintah mahkamah supaya pemfitnah memohon maaf , menghentikan sebaran fitnah tersebut dan yang paling penting, anda juga berhak menuntut  kerugian akibat daripada kesan fitnah tersebut ke atas diri anda, kerjaya dan keluarga secara keseluruhannya.  
     .   
     
Berapakah kos peguam sekiranya anda berhasrat untuk mengambil tindakan sivil terhadap pemfitnah?

Kos guaman bergantung kepada jumlah tuntutan gantirugi yang dipohon dari sipemfitnah. Sekiranya tuntutan gantirugi yang dipohon adalah dalam sekitar bidang kuasa Mahakamah Majistret atau Mahkamah Sesyen, maka kosnya tidak lah begitu mahal. Sekiranya gantirugi yang dituntut berjumlah jutaan ringgit, maka kes perlu didengar di Mahkamah Tinggi dan kos guamannya agak tinggi juga. Walau bagaimanapun, berkenaan dengan kos guaman ini, perbincangan boleh dibuat dengan pihak peguam ke atas "negotiated cost' yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Sebarang kemuskilan mengenai tindakan fitnah ini, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

1 comment:

  1. Assalamualaikum saya nak bertanya,sekiranya si pemfitnah berpura-pura tidak memfitnah seseorang sedangkan sudah terang lagi bersuluh itu perbuatan dia.Apakah yang perlu dilakukan seterusnya?Kalau saya buat laporan ke pihak polis sudah tentu si pemfitnah akan menipu.Mohon pencerahan.Sekian soalan saya terima kasih.

    ReplyDelete