Monday 12 August 2013

Ucapan Selamat Hariraya, Maaf Zahir Batin

Kepada semua yang mengikuti blog ini dan para peserta kursus kursus penguatkuasaan, saya menyusun sepuluh jari, mohon kemaafaan zahir dan batin sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang saya memberi ceramah kepada tuan tuan dan puan puan samada di ILKAP ataupun di luar ILKAP. Jangan lupa, sebarang kemuskilan dalam menjalankan tugas seharian, sila emel kepada saya di train_enforcement@yahoo.com.my.

Deanrauff

Tuesday 6 August 2013

Persidangan Undang Undang Kebangsaan ILKAP 2013


Untuk makluman semua ILKAP akan mengadakan Persidangan Undang Undang Kebangsaan ILKAP 2013 pada 26 hingga 27 November 2013 bertempat di PICC Putrajaya. Tema Persidangan ini ialah Public Safety & The Law . Ianya akan dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan akan ditutup oleh YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yuran Penyertaan hanyalah RM50 sahaja. Tempat adalah terhad. Sila layari http://www.ilkap.gov.my/nlc2013/index.php untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

 

 

Thursday 1 August 2013

Masalah Utama Dalam Merekodkan Keterangan Saksi Di Bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ)


Meneliti Laporan polis / Laporan Aduan merupakan perkara pertama yang harus dilakukan oleh IO.Pada peringkat ini IO mungkin hanya mendapat sedikit gambaran awal akan kesalahan yang dilakukan.IO boleh membuat perancangan atau strategi berdasarkan maklumat aduan tersebut.

Dalam mengambil tindakan awalan, maklumat lanjut yang berkaitan dengan aduan tersebut perlu diambil oleh Pegawai Penyiasat (IO).Ianya melibatkan pernyataan saksi bukan sahaja dari pengadu tetapi dari beberapa orang lain yang mengetahui perlakuan jenayah tersebut.

Dalam usaha untuk mengambil keterangan dari saksi saksi ini, terdapat beberapa masalah utama yang sering menganggu kelancaran siasatan dan berkemungkinan besar kes terpaksa ditutup kerana gagal mengumpulkan bukti bukti yang cukup. Antara masalah masalah tersebut adalah :

a. Saksi tidak dapat dikesan;
b. Saksi enggan hadir memberi keterangan;
c. Saksi enggan bekerjasama;
d. Saksi enggan menjawab soalan soalan yang diajukan;
e. Saksi memberi keterangan yang bercanggah dan mengelirukan;
f. Saksi bisu/pekak/buta atau OKU.
g. Barang Kes tidak dijumpai.

Perlu kita diperingatkan selalu bahawa tindakan menangkap dahulu dan baru siasat bukanlah suatu kaedah yang sesuai lagi untuk diamalkan kecuali dalam kes jenayah di bawah Kanun Kesiksaan. Seelok eloknya, selesaikan dahulu siasatan dan barulah membuat tangkapan. Ini sesuai dengan semangat pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanakah caranya untuk kita menyelesaikan masalah saksi yang enggan hadir di hadapan kita untuk mengemukakan barang kes/dokumen atau direkodkan pernyataannya? Sebagai IO, perlukah kita membuat laporan polis dan membiarkan pihak polis mengambil tindakan pendakwaan di bawah s.174, s.175 atau 176 Kanun Kesiksaan? Apakah kesannya pula, sekiranya tindakan ini diambil terutamanya kepada saksi penting? Setentunya ia tidak baik bagi kes kita kerana Saksi yang berkenaan mungkin menjadi hostile dan boleh memudaratkan kes kita. So, apakah jalan yang terbaik?

Untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai tip tip terbaik dalam menyelesaikan masalah ini, sila emel kepada train_enforcement@yahoo.com.my

 

 


Khidmat Nasihat Perundangan - Program CSR

Di dalam kita menjalankan tugasan penguatkuasaan undang undang, setentunya kita seringkali berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan terutamanya bagi pegawai pegawai penguatkuasa yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam ilmu perundangan ataupun baru sahaja diarah dan ditugaskan untuk menjalankan kerja kerja penguatkuasaan undang undang.

Ramai yang tidak fasih bagaimanakah caranya untuk memulakan siasatan, bagaimanakah cara berkesan untuk mengambil pernyataan saksi dan pernyataan tertuduh, menyimpan dan melupuskan barang kes, membuat draf pertuduhan,menderaf saman, sapina dan akhirnya menjalankan pendakwaan di mahkamah.

Sebagai penghargaan kepada semua yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan undang undang khasnya kepada tuan tuan dan puan puan yang pernah menjadi peserta dalam bengkel dan kursus penguatkuasaan yang dijalankan di ILKAP dan di luar ILKAP dan demi memastikan bahawa tuan tuan dan puan puan dapat melakukan yang terbaik, betul dan  demi kesejahteraan rakyat Malaysia secara amnya,saya amat berbesar hati menawarkan bantuan dalam bentuk khidmat nasihat secara percuma sebagai suatu tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan saya kepada mereka yang memerlukan.

Khidmat nasihat ini bukan sahaja terbatas kepada hal yang berkaitan dengan undang undang jenayah tetapi juga dalam hal undang undang sivil. Saya juga tidak membataskan bantuan ini hanya kepada urusan kerja malahan sekiranya tuan tuan mempunyai isu perundangan yang bersifat personal seperti kes saman bank, lelongan rumah, tuntutan kebangkrapan dan sebagainya.

Sebarang maklum balas dalam program CSR ini, sila emelkan kepada saya di train_enforcement@yahoo.com.my