Meneliti
Laporan polis / Laporan Aduan merupakan perkara pertama yang harus dilakukan
oleh IO.Pada peringkat ini IO mungkin hanya mendapat sedikit gambaran awal akan
kesalahan yang dilakukan.IO boleh membuat perancangan atau strategi berdasarkan
maklumat aduan tersebut.
Dalam mengambil tindakan awalan, maklumat lanjut yang berkaitan dengan aduan tersebut perlu diambil oleh Pegawai Penyiasat (IO).Ianya melibatkan pernyataan saksi bukan sahaja dari pengadu tetapi dari beberapa orang lain yang mengetahui perlakuan jenayah tersebut.
Dalam usaha untuk mengambil keterangan dari saksi saksi ini, terdapat beberapa masalah utama yang sering menganggu kelancaran siasatan dan berkemungkinan besar kes terpaksa ditutup kerana gagal mengumpulkan bukti bukti yang cukup. Antara masalah masalah tersebut adalah :
a. Saksi tidak dapat dikesan;
b. Saksi enggan hadir memberi keterangan;
c. Saksi enggan bekerjasama;
d. Saksi enggan menjawab soalan soalan yang diajukan;
e. Saksi memberi keterangan yang bercanggah dan mengelirukan;
f. Saksi bisu/pekak/buta atau OKU.
g. Barang Kes tidak dijumpai.
Perlu kita diperingatkan selalu bahawa tindakan menangkap dahulu dan baru siasat bukanlah suatu kaedah yang sesuai lagi untuk diamalkan kecuali dalam kes jenayah di bawah Kanun Kesiksaan. Seelok eloknya, selesaikan dahulu siasatan dan barulah membuat tangkapan. Ini sesuai dengan semangat pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah.
Bagaimanakah caranya untuk kita menyelesaikan masalah saksi yang enggan hadir di hadapan kita untuk mengemukakan barang kes/dokumen atau direkodkan pernyataannya? Sebagai IO, perlukah kita membuat laporan polis dan membiarkan pihak polis mengambil tindakan pendakwaan di bawah s.174, s.175 atau 176 Kanun Kesiksaan? Apakah kesannya pula, sekiranya tindakan ini diambil terutamanya kepada saksi penting? Setentunya ia tidak baik bagi kes kita kerana Saksi yang berkenaan mungkin menjadi hostile dan boleh memudaratkan kes kita. So, apakah jalan yang terbaik?
Untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai tip tip terbaik dalam menyelesaikan masalah ini, sila emel kepada train_enforcement@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment