Tuesday 25 March 2014

SEDIKIT BERITA BAIK UNTUK WARIS TRAGEDI MH370 - HARAP BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH




MH370 - Aspek perundangan berkaitan dengan tuntutan pampasan gantirugi daripada tragedi udara di Malaysia.

 Sekalipun negara mempunyai pengalaman nahas udara  yang membabitkan pesawat komersial Malaysia Airline System di Tanjung Kupang  4 disember 1977  yang mengorbankan 93 penumpang dan 7 anak kapal termasuk beberapa pegawai tinggi kerajaan ketika itu seperti YB Menteri Pertanian,Allahyarham Datuk Seri Haji Ali Haji Ahmad serta Ketua Pengarah JKR, Pengarah Kerjaya Tentera, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Setiausaha Politik Menteri Pertanian, Duta Cuba ke Malaysia dan  kejadian berkenaan juga bukanlah bermakna kita mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menguruskan tragedi serta krisis yang timbul berikutan kehilangan secara misteri pesawat  MH370.

Seksyen 24(1) Civil Aviation Act 1969 dengan jelas memperuntukkan segala tuntutan mesti di buat dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh kejadian sesuatu tragedi. Tuntutan mesti dilakukan terus kepada semua pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi berkenaan termasuklah pihak syarikat penerbangan, pihak insuran serta pihak berkuasa yang bertanggungjawap termasuklah Jabatan Penerbangan Awam/Department of Civil Aviation (DCA) dll.
Dalam kes kes yang tidak dipertikai, pembayaran terus oleh pihak syarikat insurans kepada waris yang diberi kuasa untuk menerima pembayaran berkenaan, ianya melibatkan proses Mahkamah untuk mendapatkan surat kuasa untuk mentadbir pembayaran wang insurans supaya dapat di bahagikan mengikut peratusan yang sepatutnya kepada semua waris yang layak.
Untuk menjadi adil supaya tiada apa apa kekalutan bila setiap keluarga yang dijadualkan menerima pampasan maka proses mendapat surat kuasa Mahkamah pada waris terdekat yang layak yang diberi kuasa untuk membahagikan jumlah wang berkenaan mengikut peratusan sepatutnya kepada waris waris lain yang layak. Setakat ini mengikut laporan The Telegraph bertarikh Isnin 24hb Mac 2014 merujuk kepada tragedi MH370 pihak insuran Allianz Global Corporate & Specialty telah membayar kepada Malaysia Airlines sebanyak USD 110 juta (67 juta Pound Sterling) yang dibuat sebagai bayaran permulaan untuk meliputi bayaran penderitaan/kesusahan (hardship payments)  sebagai kos sara hidup yang telah dibayar kepada satu akaun escrow sebagai pemegang amanah.
 Pada hari Isnin bertarikh 10hb March 2014, pihak syarikat insurans dari German mengesahkan yang syarikat mereka kumpulan Allianz mengetuai kumpulan syarikat insuran untuk pesawat Boeing 777—200 ER yang dikenali sebagai MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing yang dilaporkan hilang selepas kira kira 45 minit berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Untuk tindakan kecuaian (negligence), pihak syarikat penerbangan tidak perlu menunggu sebarang tempoh tertentu untuk membuat pembayaran asalkan pihak waris dapat membuktikan terdapat elemen kecuaian di pihak syarikat penerbangan/pihak berkuasa penerbangan. Pihak syarikat penerbangan boleh membuat bayaran sepenuhnya sekalipun tiada mayat atau bangkai pesawat ditemui langsung kata Floyd Wisner, peguam daripada America yang mewakili para waris kemalangan Air France pada tahun 2009 yang telah ditemuramah oleh The Mail Online.
Juga di dalam  tragedi Adam Air Flight 574, pihak insuran syarikat penerbangan bersetuju membayar para waris dalam masa 4 minggu sahaja daripada tarikh kejadian iaitu sebelum bangkai pesawat dan sebelum mayat di jumpai. Jadi mengikut terma terma polisi insurans yang di ambil oleh syarikat penerbangan maka ianya sepatutnya tiada halangan untuk membuat pembayaran secepat mungkin.
Malaysia yang menerima Montreal Convention yang menyediakan peraturan dan prosedur tuntutan terhadap syarikat penerbangan di mana syarikat penerbangan negara kita , MAS tertakluk pada prinsip ‘strict liability’ yang wajib membayar minima USD175,000 kepada waris yang layak dan diberikuasa tanpa  para waris perlu membuktikan apa apa langsung. Dibawah Montreal Convention juga, MAS perlu menawarkan pembayaran berkenaan dalam masa 6 bulan daripada tarikh jadual asal ketibaan di Beijing. Sebagaimana yang dijelaskan tadi, jika ada waris yang ingin menuntut amoun yang lebih besar maka beban bukti cuai di letakkan kepada para waris untuk membuktikan MAS/pihak berkuasa penerbangan cuai.
Akhir sekali tindakan Mahkamah perlu di mulakan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh kehilangan pesawat mengikut seksyen 24(1) (b) Civil Aviation Act 1969 sekalipun pihak syarikat penerbangan mempunyai 6 bulan untuk menawarkan pembayaran kepada waris yang berkaitan. Para waris mestilah bertindak segera, tidak leka dengan tempoh 6 bulan yang syarikat penerbangan ada dibawah Montreal Convention kerana peruntukan undang undang yang ada memerlukan tindakan Mahkamah dimulakan dalam tempoh 3 bulan. 
Tindakan boleh ditarik balik selepas menerima pembayaran ataupun selepas sama sama bersetuju untuk  memasukkan satu Penghakiman Persetujuan (Consent Judgment) ke Mahkamah iaitu dimana segala terma terma syarat syarat dan jumlah besar pembayaran serta bila perlu dibayar dipersetujui kedua dua pihak. 
Untuk maklumat lanjut boleh melayari http://isikcorpadv.wix.com/siadvocatesolicitor atau e mail: isikcorpadv@gmail.com
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar