Monday 28 April 2014

PENTINGNYA KEMAHIRAN MEDIASI KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA



Keadaan telah banyak berubah bila Kanun Tatacara Jenayah melalui proses pindaan yang cukup drastik dalam pengendalian kes kes jenayah di Malaysia semenjak tahun 2010. Kalau sebelum ini, kebanyakan proses penyelesaian kes dibuat secara tidak rasmi dan di peringkat jabatan sahaja tetapi berikutan dengan pindaan KTJ,ianya melibatkan mahkamah secara rasminya. Pindaan pindaan kepada KTJ menyaksikan perkenalan perkara perkara baru dalam pengendalian kes kes jenayah. Antaranya ialah konferen pra bicara (pretrial conference), pengurusan kes(case management), tawar menawar pengakuan (plea bargaining) dan lain lainnya. Kesemuanya ini memerlukan suatu kemahiran baru kepada pegawai penyiasat dan pegawai pendakwa dan kemahiran yang dimaksudkan itu ialah kemahiran mediasi iaitu suatu kemahiran yang bukan sahaja merangkumi kemahiran rundingan tetapi juga kemahiran menganalisa keperluan dan bukannya kehendak ( what you want may not necessary what you need) dan memahami keperluan pihak lawan secara objektif.

Sehubungan itu, terdapat satu kursus selama 2 hari yang akan diadakan di Universiti Malaya pada 5 dan 6 Jun 2014( Khamis dan Jumaat ). Ianya dikendalikan oleh pakar mediasi tempatan Cik Gunavathy Subramaniam dan saudara David Newton, seorang mediator antarabangsa dengan usaha sama Fakulti Undang Undang Universiti Malaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Puan Narimah Hj.Mohd Arsyad, di talian 016 - 3958935 atau emelkan ke narimah@yahoo.com.

Friday 18 April 2014

KAEDAH PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN BARANG KES MENGIKUT UNDANG UNDANG








Penyimpanan dan pelupusan barang kes, seringkali menjadi masalah yang berpanjangan di kebanyakan bahagian penguatkuasaan mana mana jabatan kerajaan. Bukan sahaja barang kes itu terbiar, berhujan panas malahan rekod inventorinya juga tidak diselengara dengan baik. Tidak hairanlah jika  sesuatu kes itu bila dibawa ke mahkamah dan menjalani proses perbicaraan, ianya berhadapan dengan pelbagai masalah yang akhirnya menyebabkan kes terbuang begitu sahaja.Undang undang cukup memandang serius akan masalah penjagaan barang kes.

Hal ini berlaku kerana kurangnya kesedaran peri pentingnya menjaga barang kes supaya sentiasa berkilat sepertimana ianya mula mula dijumpai. Bagaimanalah nak timbul kesedaran kalau masing masing tidak peka dan tidak arif tentang undang undang berkaitan dengan peri pentingnya menjaga barang kes.

Antara masalah masalah yang lazim dihadapi mengenai penyimpanan dan pelupusan barang kes adalah seperti berikut :
  • masalah ketiadaan rekod keluar masuk (Buku Daftar) barang kes;
  • masalah pelabelan dan sampling;
  • masalah barang kes yang disimpan di tempat yang tidak sepatutnya;
  • masalah logistik terutamanya barang kes yang banyak dan bersaiz besar;
  • masalah penyimpanan barangan berbahaya kerana ketiadaan kepakaran dalam kaedah penyimpanannya;
  • masalah barangan mudah rosak
  • masalah penyimpanan barangan berharga dan bernilai tinggi;
  • terlalu lewat dan berlengah lengah dalam melupuskan barang kes sehinggakan barang kes itu menjadi rosak, bertukar sifat dan tidak bernilai lagi;
  • kaedah pelupusan yang tidak mengikut undang undang contohnya memasukkan hasil wang rampasan ke dalam kelab jabatan atau menyerahkannya ke rumah kebajikan
 
Perlu diingatkan bahawa setiap barangan yang dirampas itu ada tuannya. Sehingga dan selagi tiada perintah perlucutan hak dari mahkamah, maka hak tuanpunya barangan itu adalah terjamin di bawah Perlembagaan Malaysia yang memperuntukan,
 
Perkara 13. Hak terhadap harta
 
(1) Tiada seorangpun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang undang
(2) Tiada undang undang boleh memperuntukan pengambilan atau penggunaan harta
      dengan paksa tanpa pampasan yang memadai
 
Berdasarkan kepada peruntukan Perkara 13 ini, maka undang undang telah menggariskan kaedah  penyimpanan dan pelupusan barang kes yang sistematik. Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) telah memperuntukan undang undang prosedur yang lengkap tentang bagaimana suatu barangan yang dirampas itu disimpan dan dilupuskan. KTJ merupakan undang undang am yang terpakai ke atas semua bentuk penyiasatan kes seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 3, KTJ  berikut,
 
 
Section 3. Trial of offences under Penal Code and other laws.
 
All offences under the Penal Code shall be inquired into and tried according to the provisions hereinafter contained, and all offences under any other law shall be inquired into and tried according to the same provisions: subject however to any written law for the time being in force regulating the manner or place of inquiring into or trying such offences.

Terdapat banyak undang undang lain yang berkaitan dengan pelbagai kesalahan dan kebiasaanya, ada di antaranya memperuntukan secara spesifik tentang tatacara penyimpanan dan pelupusan barang kes. Walau bagaimanapun, peruntukan peruntukan itu kebiasaanya juga merujuk kepada peruntukan di bawah KTJ. Setiap bahagian penguatkuasaan mempunyai Standard Operating Procedure (SOP) dalam pengendalian barang kes namun didapati SOP ini telah tidak dikemaskini bersesuaian dengan pelbagai pindaan yang telah dibuat dalam KTJ.
 
Telah menjadi suatu amalan di kebanyakan bahagian penguatkuasa bahawa barang kes tidak boleh dilupuskan selagi kes belum selesai. Amalan inilah yang telah menjadi punca kenapa berlaku lambakan barang kes di pejabat pejabat penguatkuasa sehinggakan disimpan di tempat tempat yang tidak sepatutnya. Pemikiran sebegini menyebabkan kerajaan kerugian besar dari segi logistik dan pematuhan undang undang. Jika dipandang lebih jauh lagi, tuanpunya barang, bank bank tempatan mengalami kerugian bila mana barang kes tersebut tidak boleh disentuh kerana kes masih belum selesai. Perkara ini amat tidak baik kepada ekonomi negara kita dan menjadi beban kepada kerajaan dan orang awam.
 
Atas kesedaran inilah, KTJ telah dipinda di mana barang kes boleh dilupuskan walaupun kes masih belum selesai. Malah sebelum ini pun, peruntukan peruntukan undang undang adalah amat jelas, bahawa dalam kes kes tertentu, barang kes boleh dilupuskan sebelum kes selesai.  Seksyen 407A, KTJ memperuntukan,
 
Section 407A. Disposal of seized articles.
 
(1) Notwithstanding any other provisions, the Public Prosecutor may apply to the Court for the disposal of any articles specified in subsection (2) at any time.
 

(2) The following seized articles may be disposed of under this section:

(a) dangerous drugs seized under the Dangerous Drugs Act 1952 [Act 234];

(b) clandestine drug laboratories or premises;

(c) valuable goods;

(d) cash money;

(e) noxious, deleterious, corrosive, explosive, dangerous, toxic, flammable, oxidising, irritant, harmful, poisonous, psychotropic and decay substances;

(f) video compact discs, optic discs, films and other similar devices;

(g) publication, books and other documents;

(h) vehicles, ships and other forms of conveyance;

(i) equipment and machineries;

(j) timber and timber products;

(k) rice, food and other perishable items; and

(l) other articles as may be determined by the Public Prosecutor that may be vulnerable to theft, substitution, constraints of proper storage space, high maintenance costs or any other
considerations as the Public Prosecutor deems relevant.

(3) The Court shall make an order for the disposal of the articles specified in the application made by the Public Prosecutor under subsection (1) subject to the following procedures being complied with:
(3) Am. Act A1422 of the year 2012]

(a) an inventory of the articles containing the description, markings and other particulars which clearly identifies the articles has been made by the officer who seized the articles, and the
Magistrate or Judge having the trial jurisdiction has certified that the inventory is correct;

(b) photographs of the articles have been taken in the presence of a Magistrate or Judge having the trial jurisdiction, and the Magistrate or Judge has certified that the photographs are
true;

(c) where possible, representative samples of the articles have been taken in the presence of a Magistrate or Judge having the trial jurisdiction, and the Magistrate or Judge has certified
that the representative samples are the correct samples of the articles; and

(d) where the articles are video compact discs, optic discs, films and other similar devices, the articles have been played for a Magistrate or Judge having the trial jurisdiction so as to
ascertain the contents of the articles, and the Magistrate or Judge has certified that the contents of the articles are correct.

(4) Where the Court makes an order for the disposal of the articles under subsection (3), the Court may allow the accused to take photographs of the articles.

Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah penyimpanan dan pelupusan barang kes mengikut undang undang, sila emel kepada train_enforcement@yahoo.com.my