Penyimpanan dan pelupusan barang kes, seringkali menjadi masalah yang berpanjangan di kebanyakan bahagian penguatkuasaan mana mana jabatan kerajaan. Bukan sahaja barang kes itu terbiar, berhujan panas malahan rekod inventorinya juga tidak diselengara dengan baik. Tidak hairanlah jika sesuatu kes itu bila dibawa ke mahkamah dan menjalani proses perbicaraan, ianya berhadapan dengan pelbagai masalah yang akhirnya menyebabkan kes terbuang begitu sahaja.Undang undang cukup memandang serius akan masalah penjagaan barang kes.
Hal ini berlaku kerana kurangnya kesedaran peri pentingnya menjaga barang kes supaya sentiasa berkilat sepertimana ianya mula mula dijumpai. Bagaimanalah nak timbul kesedaran kalau masing masing tidak peka dan tidak arif tentang undang undang berkaitan dengan peri pentingnya menjaga barang kes.
Antara masalah masalah yang lazim dihadapi mengenai penyimpanan dan pelupusan barang kes adalah seperti berikut :
- masalah ketiadaan rekod keluar masuk (Buku Daftar) barang kes;
- masalah pelabelan dan sampling;
- masalah barang kes yang disimpan di tempat yang tidak sepatutnya;
- masalah logistik terutamanya barang kes yang banyak dan bersaiz besar;
- masalah penyimpanan barangan berbahaya kerana ketiadaan kepakaran dalam kaedah penyimpanannya;
- masalah barangan mudah rosak
- masalah penyimpanan barangan berharga dan bernilai tinggi;
- terlalu lewat dan berlengah lengah dalam melupuskan barang kes sehinggakan barang kes itu menjadi rosak, bertukar sifat dan tidak bernilai lagi;
- kaedah pelupusan yang tidak mengikut undang undang contohnya memasukkan hasil wang rampasan ke dalam kelab jabatan atau menyerahkannya ke rumah kebajikan
Perlu diingatkan bahawa setiap barangan yang dirampas itu ada tuannya. Sehingga dan selagi tiada perintah perlucutan hak dari mahkamah, maka hak tuanpunya barangan itu adalah terjamin di bawah Perlembagaan Malaysia yang memperuntukan,
Perkara 13. Hak terhadap harta
(1) Tiada seorangpun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang undang
(2) Tiada undang undang boleh memperuntukan pengambilan atau penggunaan harta
dengan paksa tanpa pampasan yang memadai
Berdasarkan kepada peruntukan Perkara 13 ini, maka undang undang telah menggariskan kaedah penyimpanan dan pelupusan barang kes yang sistematik. Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) telah memperuntukan undang undang prosedur yang lengkap tentang bagaimana suatu barangan yang dirampas itu disimpan dan dilupuskan. KTJ merupakan undang undang am yang terpakai ke atas semua bentuk penyiasatan kes seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 3, KTJ berikut,
Section 3. Trial of
offences under Penal Code and other laws.
|
All offences under
the Penal Code shall be inquired into and tried according to the provisions
hereinafter contained, and all offences under any other law shall be inquired
into and tried according to the same provisions: subject however to any
written law for the time being in force regulating the manner or place of
inquiring into or trying such offences.
|
Section 407A.
Disposal of seized articles.
|
(1) Notwithstanding any other provisions,
the Public Prosecutor may apply to the Court for the disposal of any articles
specified in subsection (2) at any time.
(2) The following seized articles may be disposed of under this section: (a) dangerous drugs seized under the Dangerous Drugs Act 1952 [Act 234]; (b) clandestine drug laboratories or premises; (c) valuable goods; (d) cash money; (e) noxious, deleterious, corrosive, explosive, dangerous, toxic, flammable, oxidising, irritant, harmful, poisonous, psychotropic and decay substances; (f) video compact discs, optic discs, films and other similar devices; (g) publication, books and other documents; (h) vehicles, ships and other forms of conveyance; (i) equipment and machineries; (j) timber and timber products; (k) rice, food and other perishable items; and (l) other articles as may be determined by the Public Prosecutor that may be vulnerable to theft, substitution, constraints of proper storage space, high maintenance costs or any other considerations as the Public Prosecutor deems relevant. (3) The Court shall make an order for the disposal of the articles specified in the application made by the Public Prosecutor under subsection (1) subject to the following procedures being complied with: (3) Am. Act A1422 of the year 2012] (a) an inventory of the articles containing the description, markings and other particulars which clearly identifies the articles has been made by the officer who seized the articles, and the Magistrate or Judge having the trial jurisdiction has certified that the inventory is correct; (b) photographs of the articles have been taken in the presence of a Magistrate or Judge having the trial jurisdiction, and the Magistrate or Judge has certified that the photographs are true; (c) where possible, representative samples of the articles have been taken in the presence of a Magistrate or Judge having the trial jurisdiction, and the Magistrate or Judge has certified that the representative samples are the correct samples of the articles; and (d) where the articles are video compact discs, optic discs, films and other similar devices, the articles have been played for a Magistrate or Judge having the trial jurisdiction so as to ascertain the contents of the articles, and the Magistrate or Judge has certified that the contents of the articles are correct. (4) Where the Court makes an order for the disposal of the articles under subsection (3), the Court may allow the accused to take photographs of the articles.
Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah penyimpanan dan pelupusan barang kes mengikut undang undang, sila emel kepada train_enforcement@yahoo.com.my
|
merujuk kepada artikel ini. apakah peruntukan yang membolehkan kita mendapatkan barang buat sementara waktu dari pihak polis..
ReplyDeleteBuat permohonan dengan PDRM melalui Pegawai Penyiasat. Pegawai Penyiasat akan mengemukakan permohonan ke ahkamah Majistret bagi membolehkan suatu perintah penyerahan barang kes kepada tuanpunya barang. Suatu bon perlu ditandatangani. Untuk maklumat lanjut, sila emel kepada saya.
ReplyDeleteTQvm
Salam tuan, boleh share perintah pelupusan barang kes. Sy ada email pada pihak tuan berkaitan perkara tersebut.
ReplyDeleteBoleh pihak tuan share perintah pelupusan barang kes? Sy ada email di laman web tuan. syamimarshadrmp@gmail.com
ReplyDeleteBoleh pihak tuan share perintah pelupusan barang kes? Sy ada email di laman web tuan. syamimarshadrmp@gmail.com
ReplyDelete