Di dalam kita menjalankan tugasan penguatkuasaan undang undang, setentunya kita seringkali berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan terutamanya bagi pegawai pegawai penguatkuasa yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam ilmu perundangan ataupun baru sahaja diarah dan ditugaskan untuk menjalankan kerja kerja penguatkuasaan undang undang.
Ramai yang tidak fasih bagaimanakah caranya untuk memulakan siasatan, bagaimanakah cara berkesan untuk mengambil pernyataan saksi dan pernyataan tertuduh, menyimpan dan melupuskan barang kes, membuat draf pertuduhan,menderaf saman, sapina dan akhirnya menjalankan pendakwaan di mahkamah.
Sebagai penghargaan kepada semua yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan undang undang khasnya kepada tuan tuan dan puan puan yang pernah menjadi peserta dalam bengkel dan kursus penguatkuasaan yang dijalankan di ILKAP dan di luar ILKAP dan demi memastikan bahawa tuan tuan dan puan puan dapat melakukan yang terbaik, betul dan demi kesejahteraan rakyat Malaysia secara amnya,saya amat berbesar hati menawarkan bantuan dalam bentuk khidmat nasihat secara percuma sebagai suatu tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan saya kepada mereka yang memerlukan.
Khidmat nasihat ini bukan sahaja terbatas kepada hal yang berkaitan dengan undang undang jenayah tetapi juga dalam hal undang undang sivil. Saya juga tidak membataskan bantuan ini hanya kepada urusan kerja malahan sekiranya tuan tuan mempunyai isu perundangan yang bersifat personal seperti kes saman bank, lelongan rumah, tuntutan kebangkrapan dan sebagainya.
Sebarang maklum balas dalam program CSR ini, sila emelkan kepada saya di trainenforcement@gmail.com
No comments:
Post a Comment