Friday, 28 June 2013

Barang Kes - Handle With Care


Dalam mana mana serbuan oleh pihak penguatkuasa, kebiasaanya pelbagai barang kes akan dirampas dan dibawa ke pejabat untuk diuruskan sepanjang penyiasatan kes. Banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku semasa barang kes masih dalam jagaan pihak penguatkuasa.

Kesemuanya ini berlaku kerana kurangnya kefahaman kita ke atas kepentingan barang kes dalam sesuatu perlakuan jenayah dan sikap tidak menghormati hak orang lain atau tuan yang empunya barang kes tersebut secara sah.

Undang Undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia khasnya Perkara 13 memperuntukan;

(1)    Tiada sesiapapun boleh dirampas haknya ke atas barang milikannya kecuali selaras dengan          peruntukan undang undang;dan

(2)   Tiada undang undang boleh memperuntukan pengambilan hak seseorang melainkan dibayar          pampasan yang mencukupi.

Undang Undang menitikberatkan ketelusan dan kebenaran. Walaupun undang undang membenarkan rampasan ke atas apa jua barangan yang disyaki terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan penuh ketelusan. Pemeriksaan di premis yang terlibat hendaklah dilakukan dalam kehadiran pemilik premis atau OKS.
Seksyen 65 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukan,
" The occupant of the place searched, or some person in his behalf, shall in every instance   be permitted to attend during the search, and a copy of the list prepared and signed under this section shall be delivered to that occupant or person at his request"
Dalam kes tangkapan judi samada dalam  atau di luar rumah, hanya wang yang ada di atas meja sahaja yang boleh dirampas. Wang yang disimpan di dalam saku tidak boleh dirampas kerana wujud keraguan samada ianya wang yang digunakan dalam perjudian tersebut atau hanyalah wang persendirian milik OKS.
Maklumat lanjut mengenai kaedah pengurusan barang kes secara efektif, sila emel ke train_enforcement@yahoo.com.my
 

 
 

No comments:

Post a Comment