Dalam mana mana serbuan oleh pihak penguatkuasa, kebiasaanya
pelbagai barang kes akan dirampas dan dibawa ke pejabat untuk diuruskan
sepanjang penyiasatan kes. Banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku
semasa barang kes masih dalam jagaan pihak penguatkuasa.
Undang Undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia
khasnya Perkara 13 memperuntukan;
(1) Tiada
sesiapapun boleh dirampas haknya ke atas barang milikannya kecuali selaras
dengan peruntukan undang undang;dan
(2) Tiada undang undang boleh memperuntukan pengambilan hak seseorang melainkan dibayar pampasan yang mencukupi.
(2) Tiada undang undang boleh memperuntukan pengambilan hak seseorang melainkan dibayar pampasan yang mencukupi.
Undang Undang menitikberatkan ketelusan dan kebenaran. Walaupun
undang undang membenarkan rampasan ke atas apa jua barangan yang disyaki
terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah tetapi ianya hendaklah dilakukan
dengan penuh ketelusan. Pemeriksaan
di premis yang terlibat hendaklah dilakukan dalam kehadiran pemilik premis atau
OKS.
Seksyen 65 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukan,
" The
occupant of the place searched, or some person in his behalf, shall in
every instance be permitted to attend during the search, and a copy of the list
prepared and signed under this section shall be delivered to that occupant
or person at his request"
Dalam kes tangkapan judi samada dalam atau di luar rumah, hanya wang yang ada di
atas meja sahaja yang boleh dirampas. Wang yang disimpan di dalam saku tidak
boleh dirampas kerana wujud keraguan samada ianya wang yang digunakan dalam
perjudian tersebut atau hanyalah wang persendirian milik OKS.
Maklumat lanjut mengenai kaedah pengurusan barang kes secara
efektif, sila emel ke train_enforcement@yahoo.com.my