Dalam mana mana jua organisasi, seringkali terdapat pelbagai masalah yang menganggu gugat kelicinan perjalanan urusan seharian. Pelbagai kaedah penyelesaian telah digunakan tetapi keadaan masih seperti tiada apa apa perubahan malahan menjadi lebih teruk lagi. Masalah masalah ini timbul kerana tiadanya perasaan sense of belonging di kalangan para pekerja. Ini adalah benar kerana organisasi tersebut bukanlah milik mereka. Dalam lain perkataan, its not their pocket monies business. Syarikat untung ke rugi ke, semuanya itu tidak menjadi hal kepada mereka. Bagi mereka, mereka hanyalah sekadar pekerja sahaja yang mendapat gaji bulanan. Keadaan ini bertambah buruk bila Ketua Jabatan atau tuanpunya syarikat itu sendiri tidak pernah mahu mewujudkan suasana sense of belonging di kalangan para pekerja. Malahan pekerja dianggap sebagai 'babu' atau 'kuli' yang boleh dimarah sesuka hati.
Yang paling teruk ialah, pekerja tidak tahu ke mana halatuju syarikat/organisasi. Berapa ramaikah ketua ketua jabatan yang benar benar serius dan faham akan Program Transformasi Kerajaan(GTP)?. Mesej GTP ini tidak sampai ke pengetahuan kaki tangan sokongan dan mereka tidak tahu apa itu GTP. Pegawai dan kakitangan tidak tahu secara jelas tentang apakah yang mereka harus lakukan dalam membantu kerajaan mencapai Wawasan 2020 kerana tiadanya roadmap yang jelas dan praktikal. Mungkin perlu di water downkan penerangan mengenai GTP ini supaya dapat meresapi setiap jiwa pegawai dan kakitangan. Hanya satu jalan yang dirintis iaitu jalan menuju kearah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Persoalannya, bolehkah masalah lack of sense of belonging dan ketakfahaman halatuju organisasi ini diselesaikan menerusi latihan? Kita semua maklum bahawa tidak semua masalah organisasi boleh diselesaikan menerusi latihan tetapi latihan boleh menyelesaikan masalah masalah utama dalam sesuatu organisasi. Latihan hanya boleh menjadi penyelesaian masalah organisasi hanya dalam tiga keadaan sahaja iaitu masalah masalah yang berkaitan dengan;
i. sikap (S);
ii. kemahiran (K); dan
iii. pengetahuan (P) para pekerja.
Di kalangan kita, ramai yang membuat kerja hanya sekadar mengikut cara terdahulu yang diwarisi dari pegawai atau kakitangan yang lebih senior tanpa mengambil kisah samada cara tersebut betul atau salah. Bila ditanya kenapa buat begitu, jawapan yang selalu diberi ialah "mana saya tau, dulupun buat camtu, sayapun ikut jer lah" Jika cara orang yang dahulunya "salah" maka "kesalahan" itu akan terus berpanjangan sampai bila bilapun. Sampai bila ? Maka perlu sekali kita memberikan ilmu pengetahuan sewajarnya menerusi latihan yang berterusan kepada pegawai dan kakitangan supaya apa yang dilakukan merupakan sesuatu yang betul dan menepati keperluan semasa khasnya dalam aspek perundangan yang telah banyak mengalami perubahan dan pembaruan. Ini akan melahirkan K-based worker.
Ramai di kalangan pegawai dan kakitangan mengalami masalah sikap yang tidak kondusif terhadap pekerjaannya. Sikap seperti suka curi tulang, membuat kerja sambil lewa,berkelakuan tidak senonoh, rasuah dan sebagainya merupakan fenomena biasa dalam mana mana organisasi. Dalam hal ini, latihan amat amat diperlukan bagi memastikan supaya pegawai dan kakitangan mempunyai sikap yang betul terhadap pekerjaannya.
Manakala bagi pegawai dan kakitangan yang baru pula, mereka setentunya tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam bidang kerja yang dilakukan. Adalah amat perlu sekali mereka diberi latihan yang mencukupi bagi membolehkan mereka melakukan kerja itu dengan jayanya. Latihan kemahiran juga perlu diberi kepada pegawai atau kakitangan yang lama bila mana wujud penggunaan suatu proses kerja yang baru berdasarkan kepada perkembangan semasa.
Adalah jelas bahawa latihan amat amat diperlukan bila mana pegawai dan kakitangan mengalami masalah sikap,kemahiran dan pengetahuan.