Providing training and consultancy services to all enforcement agencies in Malaysia, Brunei and Singapore in respect of providing consultancy services to establish enforcement agency/department/ unit, training on Investigations and prosecution of all cases, services for drafting By Laws (rules and regulations), services for all civil cases and such further and other legal services specifically requested by all the enforcement agencies.
Tuesday, 6 May 2014
Monday, 28 April 2014
PENTINGNYA KEMAHIRAN MEDIASI KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA

Keadaan telah banyak berubah bila Kanun Tatacara Jenayah melalui proses pindaan yang cukup drastik dalam pengendalian kes kes jenayah di Malaysia semenjak tahun 2010. Kalau sebelum ini, kebanyakan proses penyelesaian kes dibuat secara tidak rasmi dan di peringkat jabatan sahaja tetapi berikutan dengan pindaan KTJ,ianya melibatkan mahkamah secara rasminya. Pindaan pindaan kepada KTJ menyaksikan perkenalan perkara perkara baru dalam pengendalian kes kes jenayah. Antaranya ialah konferen pra bicara (pretrial conference), pengurusan kes(case management), tawar menawar pengakuan (plea bargaining) dan lain lainnya. Kesemuanya ini memerlukan suatu kemahiran baru kepada pegawai penyiasat dan pegawai pendakwa dan kemahiran yang dimaksudkan itu ialah kemahiran mediasi iaitu suatu kemahiran yang bukan sahaja merangkumi kemahiran rundingan tetapi juga kemahiran menganalisa keperluan dan bukannya kehendak ( what you want may not necessary what you need) dan memahami keperluan pihak lawan secara objektif.
Sehubungan itu, terdapat satu kursus selama 2 hari yang akan diadakan di Universiti Malaya pada 5 dan 6 Jun 2014( Khamis dan Jumaat ). Ianya dikendalikan oleh pakar mediasi tempatan Cik Gunavathy Subramaniam dan saudara David Newton, seorang mediator antarabangsa dengan usaha sama Fakulti Undang Undang Universiti Malaya.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Puan Narimah Hj.Mohd Arsyad, di talian 016 - 3958935 atau emelkan ke narimah@yahoo.com.
Friday, 18 April 2014
KAEDAH PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN BARANG KES MENGIKUT UNDANG UNDANG
Penyimpanan dan pelupusan barang kes, seringkali menjadi masalah yang berpanjangan di kebanyakan bahagian penguatkuasaan mana mana jabatan kerajaan. Bukan sahaja barang kes itu terbiar, berhujan panas malahan rekod inventorinya juga tidak diselengara dengan baik. Tidak hairanlah jika sesuatu kes itu bila dibawa ke mahkamah dan menjalani proses perbicaraan, ianya berhadapan dengan pelbagai masalah yang akhirnya menyebabkan kes terbuang begitu sahaja.Undang undang cukup memandang serius akan masalah penjagaan barang kes.
Hal ini berlaku kerana kurangnya kesedaran peri pentingnya menjaga barang kes supaya sentiasa berkilat sepertimana ianya mula mula dijumpai. Bagaimanalah nak timbul kesedaran kalau masing masing tidak peka dan tidak arif tentang undang undang berkaitan dengan peri pentingnya menjaga barang kes.
Antara masalah masalah yang lazim dihadapi mengenai penyimpanan dan pelupusan barang kes adalah seperti berikut :
- masalah ketiadaan rekod keluar masuk (Buku Daftar) barang kes;
- masalah pelabelan dan sampling;
- masalah barang kes yang disimpan di tempat yang tidak sepatutnya;
- masalah logistik terutamanya barang kes yang banyak dan bersaiz besar;
- masalah penyimpanan barangan berbahaya kerana ketiadaan kepakaran dalam kaedah penyimpanannya;
- masalah barangan mudah rosak
- masalah penyimpanan barangan berharga dan bernilai tinggi;
- terlalu lewat dan berlengah lengah dalam melupuskan barang kes sehinggakan barang kes itu menjadi rosak, bertukar sifat dan tidak bernilai lagi;
- kaedah pelupusan yang tidak mengikut undang undang contohnya memasukkan hasil wang rampasan ke dalam kelab jabatan atau menyerahkannya ke rumah kebajikan
Perlu diingatkan bahawa setiap barangan yang dirampas itu ada tuannya. Sehingga dan selagi tiada perintah perlucutan hak dari mahkamah, maka hak tuanpunya barangan itu adalah terjamin di bawah Perlembagaan Malaysia yang memperuntukan,
Perkara 13. Hak terhadap harta
(1) Tiada seorangpun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang undang
(2) Tiada undang undang boleh memperuntukan pengambilan atau penggunaan harta
dengan paksa tanpa pampasan yang memadai
Berdasarkan kepada peruntukan Perkara 13 ini, maka undang undang telah menggariskan kaedah penyimpanan dan pelupusan barang kes yang sistematik. Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) telah memperuntukan undang undang prosedur yang lengkap tentang bagaimana suatu barangan yang dirampas itu disimpan dan dilupuskan. KTJ merupakan undang undang am yang terpakai ke atas semua bentuk penyiasatan kes seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 3, KTJ berikut,
Section 3. Trial of
offences under Penal Code and other laws.
|
All offences under
the Penal Code shall be inquired into and tried according to the provisions
hereinafter contained, and all offences under any other law shall be inquired
into and tried according to the same provisions: subject however to any
written law for the time being in force regulating the manner or place of
inquiring into or trying such offences.
|
Section 407A.
Disposal of seized articles.
|
(1) Notwithstanding any other provisions,
the Public Prosecutor may apply to the Court for the disposal of any articles
specified in subsection (2) at any time.
(2) The following seized articles may be disposed of under this section: (a) dangerous drugs seized under the Dangerous Drugs Act 1952 [Act 234]; (b) clandestine drug laboratories or premises; (c) valuable goods; (d) cash money; (e) noxious, deleterious, corrosive, explosive, dangerous, toxic, flammable, oxidising, irritant, harmful, poisonous, psychotropic and decay substances; (f) video compact discs, optic discs, films and other similar devices; (g) publication, books and other documents; (h) vehicles, ships and other forms of conveyance; (i) equipment and machineries; (j) timber and timber products; (k) rice, food and other perishable items; and (l) other articles as may be determined by the Public Prosecutor that may be vulnerable to theft, substitution, constraints of proper storage space, high maintenance costs or any other considerations as the Public Prosecutor deems relevant. (3) The Court shall make an order for the disposal of the articles specified in the application made by the Public Prosecutor under subsection (1) subject to the following procedures being complied with: (3) Am. Act A1422 of the year 2012] (a) an inventory of the articles containing the description, markings and other particulars which clearly identifies the articles has been made by the officer who seized the articles, and the Magistrate or Judge having the trial jurisdiction has certified that the inventory is correct; (b) photographs of the articles have been taken in the presence of a Magistrate or Judge having the trial jurisdiction, and the Magistrate or Judge has certified that the photographs are true; (c) where possible, representative samples of the articles have been taken in the presence of a Magistrate or Judge having the trial jurisdiction, and the Magistrate or Judge has certified that the representative samples are the correct samples of the articles; and (d) where the articles are video compact discs, optic discs, films and other similar devices, the articles have been played for a Magistrate or Judge having the trial jurisdiction so as to ascertain the contents of the articles, and the Magistrate or Judge has certified that the contents of the articles are correct. (4) Where the Court makes an order for the disposal of the articles under subsection (3), the Court may allow the accused to take photographs of the articles.
Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah penyimpanan dan pelupusan barang kes mengikut undang undang, sila emel kepada train_enforcement@yahoo.com.my
|
Tuesday, 25 March 2014
SEDIKIT BERITA BAIK UNTUK WARIS TRAGEDI MH370 - HARAP BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH
Sekalipun negara
mempunyai pengalaman nahas udara yang
membabitkan pesawat komersial Malaysia Airline System di Tanjung Kupang 4 disember 1977 yang mengorbankan 93 penumpang dan 7 anak
kapal termasuk beberapa pegawai tinggi kerajaan ketika itu seperti YB Menteri
Pertanian,Allahyarham Datuk Seri Haji Ali Haji Ahmad serta Ketua Pengarah JKR,
Pengarah Kerjaya Tentera, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Setiausaha
Politik Menteri Pertanian, Duta Cuba ke Malaysia dan kejadian berkenaan juga bukanlah bermakna
kita mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menguruskan tragedi serta krisis
yang timbul berikutan kehilangan secara misteri pesawat MH370.
Seksyen 24(1) Civil Aviation Act 1969 dengan jelas memperuntukkan segala
tuntutan mesti di buat dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh kejadian sesuatu
tragedi. Tuntutan mesti dilakukan terus kepada semua pihak yang
bertanggungjawab terhadap tragedi berkenaan termasuklah pihak syarikat
penerbangan, pihak insuran serta pihak berkuasa yang bertanggungjawap
termasuklah Jabatan Penerbangan Awam/Department of Civil Aviation (DCA) dll.
Dalam
kes kes yang tidak dipertikai, pembayaran terus oleh pihak syarikat insurans
kepada waris yang diberi kuasa untuk menerima pembayaran berkenaan, ianya
melibatkan proses Mahkamah untuk mendapatkan surat kuasa untuk mentadbir
pembayaran wang insurans supaya dapat di bahagikan mengikut peratusan yang
sepatutnya kepada semua waris yang layak.
Untuk
menjadi adil supaya tiada apa apa kekalutan bila setiap keluarga yang
dijadualkan menerima pampasan maka proses
mendapat surat kuasa Mahkamah pada waris terdekat yang layak yang diberi kuasa
untuk membahagikan jumlah wang berkenaan mengikut peratusan sepatutnya kepada waris
waris lain yang layak. Setakat ini mengikut laporan The
Telegraph bertarikh Isnin 24hb Mac 2014 merujuk kepada tragedi MH370 pihak insuran Allianz Global Corporate & Specialty telah
membayar kepada Malaysia Airlines sebanyak USD 110 juta (67 juta Pound
Sterling) yang dibuat sebagai bayaran permulaan untuk meliputi bayaran penderitaan/kesusahan (hardship payments) sebagai kos sara hidup yang telah dibayar
kepada satu akaun escrow sebagai pemegang amanah.
Pada hari Isnin bertarikh 10hb March 2014,
pihak syarikat insurans dari German mengesahkan yang syarikat mereka kumpulan
Allianz mengetuai kumpulan syarikat insuran untuk pesawat Boeing 777—200 ER
yang dikenali sebagai MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing yang dilaporkan
hilang selepas kira kira 45 minit berlepas daripada Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Untuk
tindakan kecuaian (negligence), pihak syarikat penerbangan tidak perlu menunggu
sebarang tempoh tertentu untuk membuat pembayaran asalkan pihak waris dapat
membuktikan terdapat elemen kecuaian di pihak syarikat penerbangan/pihak
berkuasa penerbangan. Pihak
syarikat penerbangan boleh membuat bayaran sepenuhnya sekalipun tiada mayat
atau bangkai pesawat ditemui langsung kata Floyd Wisner, peguam daripada
America yang mewakili para waris kemalangan Air France pada tahun 2009 yang
telah ditemuramah oleh The Mail Online.
Juga di dalam tragedi Adam Air
Flight 574, pihak insuran syarikat penerbangan bersetuju membayar para waris
dalam masa 4 minggu sahaja daripada tarikh kejadian iaitu sebelum
bangkai pesawat dan sebelum mayat di jumpai. Jadi mengikut terma terma polisi
insurans yang di ambil oleh syarikat penerbangan maka ianya sepatutnya tiada
halangan untuk membuat pembayaran secepat mungkin.
Malaysia
yang menerima Montreal Convention yang
menyediakan peraturan dan prosedur tuntutan terhadap syarikat penerbangan
di mana syarikat penerbangan negara kita , MAS tertakluk pada prinsip ‘strict liability’ yang wajib membayar minima USD175,000
kepada waris yang layak dan diberikuasa tanpa
para waris perlu membuktikan apa apa langsung. Dibawah Montreal Convention juga, MAS perlu menawarkan
pembayaran berkenaan dalam masa 6 bulan daripada tarikh jadual asal ketibaan di
Beijing. Sebagaimana yang dijelaskan tadi, jika ada waris yang ingin menuntut
amoun yang lebih besar maka beban bukti cuai di letakkan kepada para waris
untuk membuktikan MAS/pihak berkuasa penerbangan cuai.
Akhir sekali tindakan Mahkamah perlu di mulakan dalam
tempoh 3 bulan daripada tarikh kehilangan pesawat mengikut seksyen 24(1) (b)
Civil Aviation Act 1969 sekalipun pihak syarikat penerbangan mempunyai 6 bulan
untuk menawarkan pembayaran kepada waris yang berkaitan. Para waris mestilah bertindak
segera, tidak leka dengan tempoh 6 bulan yang syarikat penerbangan ada dibawah
Montreal Convention kerana peruntukan undang undang yang ada memerlukan
tindakan Mahkamah dimulakan dalam tempoh 3 bulan.
Tindakan boleh ditarik balik selepas menerima
pembayaran ataupun selepas sama sama bersetuju untuk memasukkan satu Penghakiman Persetujuan
(Consent Judgment) ke Mahkamah iaitu dimana segala terma terma syarat syarat
dan jumlah besar pembayaran serta bila perlu dibayar dipersetujui kedua dua pihak.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari http://isikcorpadv.wix.com/siadvocatesolicitor atau e mail: isikcorpadv@gmail.com
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Sunday, 15 December 2013
SCHOOL HOLIDAY FUN LEARNING PROGRAMME - SO YOU WANT TO BE A LAWYER
SCHOOL HOLIDAY PROGRAMME
FOR STUDENT AGED 13 - 17 YEARS OLD ON THE 22nd to 24th MAC 2014
q FEES
RM290 per student
(Materials & F&B Provided)
q FACILITATORS
Ø Highly Experienced
Ex-Prosecutors & Ex
Senior Federal CounselsØ Experienced Advocates & Solicitors
q VENUE
Main Campus, International Islamic University, Section 17, Petaling Jaya, Selangor
q ACCOMODATION
Arrangeable
with reasonable charge
INQUIRIES & REGISTRATION
Messr Syed Iskandar Syed
Jaafar
Advocates &
SolicitorsLevel 16, One Sentral, Jln Stesyen Sentral 5,
KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Tel : 60320929583 / 01137082186/0189675119
Contact Person : Mr. Johan Iskandar
Website : http://brethrenchamber.blogspot.com/
Thursday, 28 November 2013
ILKAP NATIONAL LAW CONFERENCE 2013 @ PICC PUTRAJAYA
Ilkap National Law Conference 2013 which was successfully held at PICC Putrajaya from 26 to 27 November 2013 witnessed the participation of major enforcement agencies and the law drafters. This yearly conference aimed at creating awareness and to enhance understanding on the legal aspects of public safety; to create avenues for intellectual discourse towards attaining effective findings and recommendations that will steer progressive research and development of laws; and to create networking and effective collaboration amongst enforcement agencies in addressing challenges and discussing appropriate strategies relating to public safety.
Saturday, 23 November 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)




