Providing training and consultancy services to all enforcement agencies in Malaysia, Brunei and Singapore in respect of providing consultancy services to establish enforcement agency/department/ unit, training on Investigations and prosecution of all cases, services for drafting By Laws (rules and regulations), services for all civil cases and such further and other legal services specifically requested by all the enforcement agencies.
Thursday, 10 August 2023
Sunday, 13 January 2019
KURSUS ASAS SIASATAN BAGI PEGAWAI AGENSI PENGUATKUASA MALAYSIA 2019 DI ILKAP
KURSUS DI ILKAP - KURSUS
ASAS SIASATAN AGENSI PENGUATKUASA MALAYSIA 2019
Tempoh Kursus: 2 hari
Tarikh : 25-26 Feb.2019 (Isnin hingga Selasa)
Venue : ILKAP, Bandar baru Bangi, SELANGOR
Topik yang dibincangkan :
- Pengenalan kepada undang undang jenayah Malaysia
- Tugas dan tanggungjawab Pegawai Penyiasat
- Pengurusan Kertas Siasatan
- Kaedah Siasatan
- Pengurusan Barang Kes/Ekshibit
- Merekod Keterangan Saksi
- Mendraf Kertas Pertuduhan
- Case Study
Bayar Kepada SKYURI VENTURES Hong Leong Acc No.25001009768
TEMPAT TERHAD HANYA UNTUK 30 ORANG PESERTA SAHAJA.
SAHKAN SEGERA PENYERTAAN ANDA SECARA EMEL KEPADA train_enforcement@yahoo.com.my DENGAN MENYERTAKAN BUTIRAN NAMA, JABATAN, NO.TEL DAN BUKTI BAYARAN ATAU WHATSAPP KE 010- 3913361 / 012-6383361
SARAPAN DAN MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN
![]() |
| MENGENAI PENCERAMAH |
Encik Nordin Rauf merupakan bekas Pengarah ILKAP selama hampir 5 tahun semenjak 2008.Mula memberi latihan kepada pelbagai pegawai Agensi Penguatkuasaan Malaysia sejak 2007 hinggalah sekarang khususnya dalam undang undang Jenayah dan Sivil. Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun sebagai Pegawai Kehakiman dan Perundangan Malaysia dan pernah menjawat jawatan Majistret, Hakim Tribunal, Timbalan Pendakwaraya,Penasihat Undang Undang Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara. Kini beliau merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara yang aktif dalam mengendalikan pelbagai kes sivil dan jenayah. Beliau merupakan seorang Penceramah yang berpengalaman luas secara Hands On dalam bidang jenayah dan sivil dan mampu memberi suatu latihan yang berkesan dan praktikal kepada semua pegawai penguatkuasa.
Sunday, 16 December 2018
KURSUS KHAS PENJAGAAN DAN PELUPUSAN BARANG KES
Kursus Khas Pelupusan Barang Kes akan diadakan di ILKAP(Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan Malaysia) pada bulan Januari 2019 (Tarikh kursus akan dimaklumkan kemudian). Kursus akan diadakan selama 3 hari. Berminat? sila maklumkan segera kepada saya. Jumlah peserta kursus hanya terhad kepada 30 orang sahaja
Thursday, 4 October 2018
Tuesday, 18 September 2018
Tuesday, 14 August 2018
Anda Difitnah? Apakah tindakan yang perlu and ambil ?
Gejala fitnah sebenarnya sudah lama berleluasa dalam masyarakat kita. Fitnah sekampung, fitnah di pejabat, fitnah di sekolah dan lain lainnya. Fitnah merupakan tuduhan, perkabaran, pengisahan dan lain lainnya, yang diada-adakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau institusi.
Sebelum itu, perlu kita fahami sedikit bahawa fitnah ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu fitnah berbentuk Slander dan fitnah melalui media massa. Fitnah berbentuk slander ini merujuk kepada suatu perbuatan fizikal pemfitnah melalui perbuatannya, perkataannya dan apa jua tindakan yang diambil bagi tujuan memfitnah. Dalam lain perkataan mudah, pemfitnah mengumpat seseorang dengan menyebar dan membawa-bawa cerita atau perkabaran yang tidak benar terhadap seseorang. Manakala fitnah melalui media massa termasuklah sebarang berita yang tidak betul mengenai seseorang dalam akhbar, media elektronik, media sosial, blog dan sebagainya.
Seringkali tindakan diambil hanya berdasarkan fitnah ini. Contohnya, seseorang pegawai atau kakitangan dipindahkan serta merta ke tempat lain hanya berdasarkan sesuatu berita yang tidak pasti kebenarannya. Maka terpinga pinga lah pegawai atau kakitangan tersebut. Apa salah aku ! Apa salah aku !
Pada hemat saya, ketua jabatan perlu lah lebih berhati hati dalam menangani perkara ini. Apa apa aduan perlu disiasat secara profesional mengikut peraturan peraturan yang telah ditetapkan. Ingat ! tanggungjawab kita adalah kepada Allah swt dan perlu seringkali ingat bahawa dalam Islam dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh orang.
Anda Difitnah? Apakah tindakan yang perlu anda ambil ?
Sekiranya anda difitnah, apakah tindakan yang perlu anda ambil? Berikut ialah langkah langkah awalan yang perlu anda ambil seberapa segera yang mungkin;
- pastikan betul betul bahawa perkabaran atau pernyataan tersebut memang sebenar benarnya fitnah (of defamatory characters). Pernyataan fitnah tersebut merujuk kepada kita secara spesifik dan yang paling penting telah disebarkan samada secara slander atau media massa;
- sila pastikan bahawa satu laporan polis dibuat mengenai perkara tersebut;
- sila hantar notis kepada pihak yang memfitnah,berikan dia masa samada 7 hari atau 14 harimengikut keseriusan kes untuk memohon maaf dan menarik balik pernyataan fitnah tersebut;dan
- Sekiranya, anda berpuas hati dengan permohonan maaf itu maka maafkan lah dia dan berlapang dada lah dengan perkara itu. Sekiranya tiada permohonan maaf diberi dan sipemfitnah masih berdegil, maka boleh lah mengambil khidmat peguam untuk memulakan suatu tindakan sivil terhadap pemfitnah bagi mendapatkan suatu perintah mahkamah supaya pemfitnah memohon maaf , menghentikan sebaran fitnah tersebut dan yang paling penting, anda juga berhak menuntut kerugian akibat daripada kesan fitnah tersebut ke atas diri anda, kerjaya dan keluarga secara keseluruhannya.
Berapakah kos peguam sekiranya anda berhasrat untuk mengambil tindakan sivil terhadap pemfitnah?
Kos guaman bergantung kepada jumlah tuntutan gantirugi yang dipohon dari sipemfitnah. Sekiranya tuntutan gantirugi yang dipohon adalah dalam sekitar bidang kuasa Mahakamah Majistret atau Mahkamah Sesyen, maka kosnya tidak lah begitu mahal. Sekiranya gantirugi yang dituntut berjumlah jutaan ringgit, maka kes perlu didengar di Mahkamah Tinggi dan kos guamannya agak tinggi juga. Walau bagaimanapun, berkenaan dengan kos guaman ini, perbincangan boleh dibuat dengan pihak peguam ke atas "negotiated cost' yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Sebarang kemuskilan mengenai tindakan fitnah ini, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Saturday, 25 March 2017
KURSUS BARU UNTUK AGENSI PENGUATKUASAAN SELURUH MALAYSIA ( NEW TRAINING COURSES AVAILABLE FOR ENFORCEMENT AGENCIES NATIONWIDE)
Assalamualaikum dan Salam Sejatera kepada semua kenalan dan bekas pelajar saya dari pelbagai agensi penguatkuasaan di seluruh Malaysia. Selepas setahun lebih tidak aktif dalam bidang latihan yang disebabkan oleh kekangan tugas sebagai pegawai kehakiman sekarang saya akan kembali semula bergiat aktif dalam arena latihan. Kali ini dalam skala yang lebih besar dan sepenuh masa. Bermula bulan Jun 2017 saya akan memulakan sepenuhnya program program latihan penguatkuasaan ini kepada semua agensi penguatkuasa di Malaysia. program program latihan ini akan dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia (melainkan diminta secara khusus untuk diadakan dalam bahasa Inggeris). Butiran program program latihan tersebut ialah seperti berikut :
Dear All friends and my former students from all enforcement agencies in Malaysia.After more than a year of hibernation due to official duties as judicial officer, I am now making a comeback to the world of training and this time in a bigger scale and full forced. Starting from June 2017, there will be an investigation and prosecution courses available to all enforcement agencies nationwide and of course, the offer is on a first come first serve basis. These course would be conducted fully in Malay (unless specifically requested to be delivered in English) and they are divided into 4 main categories namely :
- Kursus Asas Siasatan ( Basic Investigation Courses )
- Kursus Siasatan Lanjutan ( Advance Investigation Courses)
- Kursus Asas Pendakwaan ( Basic Prosecution Courses);and
- Kursus Pendakwaan lanjutan ( Advance Prosecution Courses)
Kepada semua agensi penguatkuasaan yang berminat untuk mengendalikan kursus kursus ini, sila hubungi saya segera buat tujuan mengadakan kursus kursus ini di tempat anda.
To all the enforcement agencies, if you are interested to participate in these programme, kindly contact me soonest possible for an arrangement to be made to hold such courses at your place.
Maklumat
Perkhidmatan
Pihak pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmat
penceramah persendirian bagi pengendalian pelbagai kursus kursus penguatkuasaan / atau lain
lain kursus yang berkaitan, maklumat maklumat
berkaitan dengan perkhidmatan ini ialah seperti berikut :
|
Nama Penceramah
|
Mohammad Nordin Abd Rauf
|
|
No.Telefon / WhatsApp
|
+6012- 638 3361
|
|
Emel
|
deanrauff@gmail.com
|
|
Laman Web
|
Train Enforcement
|
|
FB
|
Latihan Penguatkuasa
|
|
Kadar Caj / Elaun Penceramah
|
RM300 satu jam (Jabatan Kerajaan)
RM400 untuk swasta/perbadanan dan lain lain
|
|
Pembayaran Caj / Elaun Penceramah
|
Pembayaran hendaklah dibayar sebaik sahaja kursus berakhir atau dibuat ke dalam akaun Penceramah
|
|
Penginapan
|
Penginapan Penceramah perlu disediakan oleh pihak
Penganjur
|
|
Tiket Penerbangan :
|
Kelas Pertama / Business
|
|
Penyediaan Material Kursus
|
Penceramah hanya menyediakan softcopy nota ceramah
|
Bagi pengendalian pakej kursus yang lengkap (venue/F&B dan lain-lain)sila email kepada trainenforcement@gmail.com
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)





